Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kedah Cadang Naikkan Gaji ADUN Dan Menteri Besar

No Comment


ALOR SETAR: Dewan Undangan Negeri Kedah yang bersidang hari ini menerima cadangan Kerajaan Negeri Kedah yang mengusulkan kenaikan gaji dan elaun Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk Speaker, Timbalan Speaker dan anggota Exco sebanyak 50 peratus manakala Menteri Besar naik 25 peratus mulai 1 Jan tahun depan.

Ia adalah usul cadangan untuk penambahbaikan sistem gaji dan elaun sedia ada yang dibentang oleh Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri Datuk Dr Ku Abdul Rahman Ku Ismail.

"Walaupun cadangan itu jika diluluskan dewan akan menyaksikan kenaikan gaji sebanyak 50 peratus bagi semua, tetapi Menteri Besar di atas permintaannya sendiri hanya mahukan kenaikan sebanyak 25 peratus sahaja," katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Wisma Darulaman hari ini.

Jika cadangan ini diluluskan oleh DUN, ia bakal menyaksikan gaji ADUN dinaikkan sebanyak 50 peratus daripada RM4,112 sebulan yang dinikmati ketika ini kepada RM6,169 sebulan mulai tahun depan.

Sementara bagi Menteri Besar akan menyaksikan gajinya dinaikkan kepada RM17,718 sebulan daripada RM14,175 sebulan ketika ini, kata Dr Ku Abdul Rahman. - Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli