KUALA LUMPUR: Desas desus yang menjadi tanda tanya rakyat Malaysia tentang acaman IS yang ingin menyerang negara akhirnya terjawab selepas tujuh belas orang yang disyaki merancang melakukan keganasan di Kuala Lumpur ditahan polis semalam.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata dua daripada suspek baru pulang dari Syria.
Semalam gempar selepas dikatakan IS cuba melakukan keganasan di Malaysia.. Apapun ketua polis negara telah mengesahkan...
Posted by Siakap Keli on Sunday, April 5, 2015
“Syabas Bahagian Counter Terrorism PDRM semalam tangkap 17 orang sedang merancang lakukan keganasan di Kuala Lumpur. Dua daripada mereka baru balik dari Syria,” katanya dalam catatan di laman Twitter.
Menurut sumber, IS cuba menyerang malaysia sebagai tanda balas dendam kerana tindakan Malaysia yang menentang keras segala kegiatan militan IS yang melibatkan rakyat Malaysia sebelum ini.- Siakapkeli.com.my