Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Dato Sri Najib Akan Jawab Kritikan Tun Mahathir - Shahrir Samad

No Comment


Tan Sri Shahrir Abdul Samad yakin Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan memberi respon terhadap kritikan mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau yang merupakan PPengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC), melihat sejak kebelakangan ini, Tun Dr Mahathir atau Tun M dilihat semakin lantang mengkritik corak kepimpinan dan pentadbiran Najib.

“Kami ada berbincang mana yang boleh kami jawab seperti isu jet, 1MDB dan BR1M tetapi kami juga nasihat tentunya sampai masanya Najib kena berikan jawapannya.

“Isu ini kadang-kadang kita tidak boleh buat tidak tahu dan saya percaya Najib akan beri jawapan kepada tuduhan-tuduhan ini,” katanya memetik The Rakyat Post.



Semakin lantang dan terbuka Tun M mengkritik kepimpinan Dato Sri Najib..Apa pendapat korang?
Posted by Siakap Keli on Sunday, April 5, 2015
Ini bukanlah kali pertama Tun M mengkritik kepimpinan Perdana Menteri sekarang, sebaliknya Tun M pernah emngeluarkan kenyataan bahawa kerajaan Barisan ansional akan kalah Pilihan raya akan datang jika meneruskan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan,

Selain itu, Tun M turut mendesak respon daripada Najib berhubung beberapa persoalan termasuk kes 1 Malaysia Development Berhad dan pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu, lapan tahun lalu.

Bekas perdana menteri itu menyifatkan adalah zalim untuk Sirul Azhar dijatuhi hukuman mati hanya kerana menjalankan arahan yang diberikan kepadanya.

“Kami tidak ada keraguan soal kedudukan Najib dalam kes ini dan beliau (Najib) telah buat sumpah laknat dengan ikhlas,” kata Shahrir lagi.

Menurut Shahrir tidak wajar perkara ini dibangkitkan semula kerana kes pembunuhan tersebut telah pun melalui proses perundangan tertinggi. - Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli