Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pelajar Hidup 8 Bulan Dalam Hutan

No Comment


PENNSYLVANIA, Amerika Syarikat – Tanpa sebarang kemudahan asas, seorang pelajar tinggal di dalam sebuah pondok yang dibina daripada pokok-pokok tumbang bagi melunaskan projek kajian hidup di hutan baru-baru ini.

Selama hampir lapan bulan, Dylan Miller, 21, membuktikan dia mampu meneruskan kehidupan walaupun tidak mempunyai bekalan elektrik dan kemudahan air paip untuk hidup selesa seperti rakan-rakannya di Kolej Juniata, Huntingdon.

Pelajar tahun akhir jurusan bahasa Inggeris dan Falfasah itu membina pondok setinggi 2.74 meter dengan keluasan 25 meter persegi di sebuah kawasan yang mengambil masa 30 minit dari kampusnya.

Dia yang tinggal di pondok tersebut sejak September tahun lepas, cuba memahami falsafah kehidupan yang pernah ditulis oleh dua orang ahli falsafah, Ralph Waldo Emerson dan Henry David Thoreau.

Berasal dari Meadville, Miller akan belajar menggunakan lilin yang dinyalakan di pondok tersebut dan sering mengecaj komputer riba dan telefon bimbitnya ketika berada di kampus setiap hari. Malah, jika berkesempatan dia akan mandi di rumah rakannya.

“Saya ingin membuktikan kita masih mampu hidup seperti seorang raja walaupun hidup dengan sederhana di dalam hutan,” ujarnya. – AGENSI
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli