Laporan itu juga menyatakan, CIA memperdayakan Rumah Putih dan Kongres mengenai faedah programnya dalam usaha untuk menangkis serangan, sekali gus menimbulkan semula perbincangan mengenai soal siasat yang menggunakan kaedah merejam mangsa di dalam air.
Selain direjam, tahanan juga dibelasah, dibelenggu sehingga patah tangan dan kaki, tidak dibenarkan tidur selama lebih seminggu, diancam dengan pistol dan diugut menggunakan alat gerudi berkuasa elektrik.
Ketika laporan 500 muka surat itu dikeluarkan, Presiden Barack Obama mengakui bahawa tindakan CIA itu adalah tidak produktif dan bertentangan dengan nilai Amerika Syarikat.
Pengarah CIA, John Brennan mempertahankan penggunaan kaedah berkenaan yang didakwanya mencontohi apa yang dilakukan pada zaman Presiden George W Bush berikutan serangan al-Qaeda pada 11 September 2001 di bandar raya Amerika Syarikat.
Kedutaan Amerika kini diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga berikutan pengeluaran laporan itu walaupun Setiausaha Negara, John Kerry memberi amaran ia mungkin menimbulkan provokasi di seluruh dunia. - AFP