Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Miley Cyrus Liar Kerana Pengaruh Patrick Schwarzenegger



SATU persatu masalah sosial yang ditimbulkan bintang muda Hollywood Miley Cyrus.

Menurut laporan Contactmusic, dengan gaya penampilan yang esentrik, beraksi panas di atas pentas, kaki kelab sehinggalah sudah mula biasa dengan dadah, segala perubahan liar penyanyi itu dikatakan berpunca daripada kekasihnya, Patrick Schwarzenegger.

Sumber berkata, anak kepada Arnold Schwarzenegger itu banyak membawa pengaruh buruk kepada Miley apatah lagi penyanyi itu semakin seronok berparti di pelbagai kelab malam hampir setiap hari.

"Patrick telah menyenaraikan beberapa kelab malam untuk dikunjungi bersama Miley serta teman-teman mereka yang lain.

"Miley pula sanggup tidak berehat semata-mata mahu berparti meskipun baru saja selesai membuat persembahan konsert di Miami, Florida, baru-baru ini," kata sumber tersebut.

Sebelum ini, sebuah portal melaporkan, pasangan berkenaan langsung tidak mendapat restu daripada ibu Patrick iaitu Maria Shriver yang menganggap Miley telah membawa pengaruh buruk terhadap anaknya itu. - mStar Online
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli